salam,
kat bawah ni ada satu artikel pasal isu berebut mahu anak mereka dinobat penduduk ke 7 billlion.. perghh usha jap,,
LONDON: Ia sepatutnya menjadi acara simbolik sahaja bagi menandakan satu mercu tanda global.
Tetapi, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan seorang bayi dari Filipina sebagai penduduk dunia ketujuh bilion, ia mencetuskan bantahan. Ibu bapa di Britain hingga ke India berebut-rebut untuk mendakwa anak mereka sebenarnya yang menjadi bayi mercu istimewa itu.