iklan

Followers

Saturday, June 5, 2010

Millatfacebook against facebook???

Millatfacebook ni sama je function dye dengan facebook tapi tujuan MFB ni dibuat adalah utk menentang FB yg menyiarkan karikatur nabi muhammmad selain mewujudkan saluran baru utk melawan propaganda anti-islam...

MFB ni dicipta oleh sekumpulan pakar IT Pakistan untuk menghubungkan 1.6 billion muslim selepas mahkamah Pakistan mengarahkan sekatan ke atas Facebook sehingga Isnin ini atas bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.
“Kami mahu beritahu ahli Facebook bahawa mereka akan terima padah jika mengganggu kami,” kata Ketua Pegawai Operasi syarikat yang menempatkan laman itu, Usman Zaheer, 24..

“Jika ada orang menghina nabi, kami akan jadi lawan mereka dan menyebabkan mereka rugi besar,” katanya yang bermimpi menjadikannya laman sosial terbesar Muslim...

Perkataan ‘Millat’ adalah bahasa Urdu yang biasa digunakan untuk merujuk kepada negara. Laman web itu sudah mempunyai 4,300 ahli selepas tiga hari dilancarkan, kebanyakannya warga Pakistan yang boleh berbahasa Inggeris dalam lingkungan usia 20-an.

Angka itu jauh lebih kecil daripada keahlian Facebook di Pakistan buat masa ini sebanyak 2.5 juta dan ulasan awal menunjukkan MFB memerlukan lebih banyak masa untuk benar-benar menyaingi FB.

Bagaimanapun, Usman gembira dengan hasil awal laman web itu yang sudah menarik penyertaan warga Britain, Bulgaria, Kanada, China, Russia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. – AFP

aku nak ajak mmber2 sume tok join MFB nih... lagi pon ini merupakan langkah utk mmboikot FB atau pon sbg bantahan terhadap satu laman Everyone Draw Mohammed Day (Hari Lakar Muhammad) yang menghina Islam.

p/s: aku dah join korang bile lagy???

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...