iklan

Followers

Friday, December 24, 2010

cerita krismas dan santa claus



SEJARAH NATAL


Christmas atau Natal berasal dari kata Cristes maesse/ frase dalam Bahasa Inggris yang bererti Mass of Christ atau Misa Kristus,Kata Christmas juga sering disingkat menjadi Xmas.Dalam bahasa Yunani/ X adalah kata pertama dalam nama Kristus atau jesus/ huruf ini sering digunakan sebagai simbol suci.


Natal adalah hari raya umat Kristian untuk memperingati hari kelahiran jesus Kristus.Tidak ada yang tahu tanggal berapa tepatnya hari lahir Kristus/ namun kebanyakan orang Kristian memperingati Hari Natal pada tanggal 25 Desember.


25 Desember juga merupakan tanggal keramat bagi kebanyakan orang-orang Pagan atau penyembah berhala/ diantaranya adalah orang-orang yang menyembah matahari atau dewa matahari/ konon mereka meyakini bahwa dewa matahari lahir pada tanggal 25 Desember.

korang tahu tak? di Australia smbutan krismas disambut 2 kali,, tht's the fact.. sbab di sana ade 4 musim dan pd 25 disember adalah musim panas.. hoho cyan nye.. so, dyeorg smbut pd bulan disember dan julai. krismas disambut klau ada salji? santa? pkok krismas? itu yg mnjadi simbol perayaan tersebut? think again,, 

klau dyeorg btOl2 ikot tarikh tersebut sbg hari mmperingati hari lahir someone yg dyeorg bangge2 kan. knape perlu sambut pd hari lain.. jelas menunjukkan yg mereka nih hanya la menyambutnya klau ada snow, pkok krismas, santa, hadiah dan laen.. dan bnda2 nih sume adalah mnjadi adat, klau tak de bnde2 nih tak sah la krismas dyeorg..

but, it's the same goes to us?? hari raya aidilfitri yg kita sambut wajib ada ketupat? ada bunga api? rendang? (duit raya wajib eh) hehe* fikir kan harap2 kita tak mcm tuh. sambut lah dgn pnoh penghayatan, tahu apa makna perayaan yg kita sambut itu sendiri, jangan sambut hanya kerana adat.. 

siapa santa claus?
pada abad ke-19 seorang penulis telah mereka watak saint nicholas yg kemudian disingkat kan mnjadi santa claus. dan bermulalah cerita mitos makhluk ini, dikatakn tinggal di kutub utara, bdan berisi, janggut putih dan akan beri hadiah,, smua itu hanya lah tambahan bagi memeriahkan lagi perayaan mereka, sekali lagi mereka lupa asal perayaan itu.. dan mereka ini adalah pengarang cerita yg terbaek bg membawa kita terus berkhayal dgn keseronokan dunia fana, lihat shja iklan raya tahun ni yg telah di banned.. skali tgk mmg gempak ar, tp pelbagai unsur tersirat di dlm nya., 

persoalan..
1.apa hukum mengucapkan selamat/tahniah or wish utk perayaan bkn islam?

Syeikh Mustafa Zarqa di dalam kitabnya ‘Al-Fatawa’ menyatakan bahawa tidak mengapa seorang muslim mengucapkan tahniah kepada bukan muslim sempena perayaan ‘Eidul Masih’ (Krismas) jika ia setakat ‘mujamalah’ iaitu menjaga hubungan dengan mereka bukannya mengakui agama dan aqidah mereka atau bersetuju dengan mereka. (Fatawa Mustafa Zarqa MS 355-356)


Dr Yusof Qaradhawi juga mengeluarkan pandangan yang sama di dalam kitabnya ‘Fatawa Muaasyirah’ (Lihat Fatawa Muaasyirah jil 3 ms 668-673)

2.hukum meraikan/melibatkan diri dalam perayaan mereka?

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah membincangkan masalah ini dengan panjang lebar di dalam kitabnya ‘Iqtidhous syirotul mustaqim’. Kesimpulan apa yg telah dibinncangkan beliau ialah haram sama sekali kita melibatkan diri dengan perayaan-perayaan atau majlis-majlis keagamaaan mereka. (Ms 29-34)

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan dengan sanad yang sohih bahawa Abdullah bin Umar berkata : ‘Sesiapa membina bangunan di negeri orang ajam (bukan Islam) dan mengadakan majlis perayaan mereka dan mengikut cara mereka sehingga mati, nescaya ia dibangkitkan bersama mereka pada hari kiamat”
tapi perlu kita ingat :

1. Perlu kita membezakan di antara perayaan keagamaan dan kebudayaan. Yang haram ialah melibatkan perayaan keagaaman mereka sahaja.


2. Walaupun kita diperintahkan untuk berdakwah kepada mereka tetapi ada batasan-batasan yang perlu dijaga .Matlamat tidak menghalalkan cara. (Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku)

3. Konsep dakwah tidak sekali-kali bercanggah dengan mana-mana konsep dalam aqidah atau syariah, tetapi ia perlu beriringan antara satu sama lain. (Akhir-akhir ini kedengaran ada suara yang seolah-olah menganggap dakwah dan syariah ada perbezaan dan percanggahan.)

4. Sesiapa yang ingin keterangan lanjut sila rujuk kitab-kitab yg disebutkan di atas.Wallahua’lam. Ust Khairul Azmi Al-Muqry.

sumber: 

aku ni bkn la sempurna seringkali buat salah, nak tahu lebih lanjut apa hukum2nya bolelah korang tanye pada yg pakar dalam bidang2 nih, ini hanya lah pendapat beberapa para ulama sje.. dan inilah yg aku dpt share utk korang,salam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...