iklan

Followers

Saturday, November 12, 2011

Perlu ada rasa malu-Tun Mahathir





KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata rakyat Malaysia harus meniru sifat malu orang Jepun yang berjaya memartabatkan bangsa itu sebagai antara tamadun yang paling berjaya dalam dunia moden. Katanya, adanya sifat itu telah membentuk orang Jepun mengadaptasi budaya kerja yang tinggi di mana kegagalan langsung tidak boleh diterima hingga membuatkan mereka berasa malu.



“Orang Jepun apabila diberi tugas akan cuba buat sebaik mungkin kerana kalau buruk, mereka akan berasa malu. “Perasaan malu perlu ada dalam masyarakat kita juga, kalau kita tidak capai kejayaan 100 peratus, kita sepatutnya berasa malu,” katanya.


Petikan kenyataan diambil dari MyNewsHub. bila baca balik ada betulnya kata-kata Tun M ni., kalau kita takut gagal kita akan berusaha bersungguh-sungguh.. tapi kalau tak berjaya kita tak boleh la 'give up' atau salahkan sesiapa dan jangan la sampai nak bunuh diri macam budaya jepun yang sangat berasa malu apabila gagal sehingga kan bunuh diri untuk selesaikan masalah mereka, sebab mereka tak ada agama dan pegangan agama kuat.. 


ttiba teringat plak kes Chef Riz yang ter'Over' meletakkan maklumat resume dalam MasterChef,, naseb baik dia gentle dan berani minta maaf mengaku kesalahan.. huhu.. so, moralnya jangan la menipu.. jujur je kan senang, tak rugi pon.. 


*kalau kita malu kita tak berani buat salah, contoh menipu.. 
selamat beramal~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...