iklan

Followers

Monday, December 27, 2010

pandangan dunia tentang Tun Dr. Mahathir

salam~
beliau adalah pembawa kemajuan negara
beliau membawa negara setanding negara lain
melakar menara berkembar, menyediakan pintu gerbang terbaek dunia,( KLIA)
beliau berani bersuara melepaskan ketidakpuashatiannya demi mmbawa perubahan yg lebih baik
mencipta satu misi bersama (wawasan 2020)
membangunkan kawasan yg dulunya hutan dan kini putrajaya yg mnjadi rebutan
beliau membawa malaysia ke mata dunia
beliau adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad, bapa permodenan malaysia

berikut adalah pandangan tokoh-tokoh terkemuka dunia terhadap Tun.




Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau. Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal" 

Margaret Thatcher - Bekas Perdana Menteri Britain dalam Biografinya
betajuk 'The Downing Street Years', hlm. 502 


"Saya amat kagum dengan kepimpinan Dr. Mahathir dan saya kagum dengan pencapaian negaranya yang sukar dipercayai di bawah kepimpinan beliau sejak beberapa tahun yang lepas"

Bill Clinton - Bekas Presiden Amerika, kata-kata beliau kepada wartawan
di Washington selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir yang
dirancang 45 minit berakhir menjadi 1 jam 20 minit
"Malaysia di bawah pimpinan Dr. Mahathir bukan sekadar kawan kepada Afrika Selatan tetapi kawan yang telah diuji walaupun dalam keadaan yang sukar. Malaysia ialah pembebas bumi ini dari aparteid. Kerana itu, Malaysia senantiasa di hati kami. Kami mahu Malaysia bukan sahaja menjadi rakan dagangan utama Afrika Selatan di benua Afrika tetapi juga rakan dagangan terpenting di hemisfera selatan"

Thabo Mbeki - Timbalan Presiden Afrika Selatan sewaktu mengalu-
alukan kunjungan Dr. Mahathir ke negara itu pada Ogos 1995


"Dibawah pimpinan Dr. Mahathir, Malaysia melalui pembangunan ekonomi yang sungguh menakjubkan tetapi pada waktu  yang sama nilai-nilai tradisi dan rohani tetap dihormati yang mendorong kepada kestabilan politik. Di bawah pimpinan beliau pembangunan ekonomi serta kemajuan politik berjaya diletakkan pada asas yang kukuh"
Benazir Bhutto - Bekas Perdana Menteri Pakistan, memberitahu
wartawan MASSA, Sukhvinder Kaur dalam satu temu ramah eksklusif
pada 8 Julai 1995 di Kuala Lumpur


"Rakyat Negara ini (Malaysia) bertuah mempunyai pemimpin yang berwawasan seperti Dr. Mahathir Mohamad. Kebijaksanaan Dr. Mahathir sebagai pemimpin Islam telah mengagungkan kerajaan-kerajaan Islam di seluruh dunia termasuk kerajaan Amerika Syarikat"
Shaykh Muhammad Hisham Kabbani - Pengerusi Majlis Tertinggi
Islam Amerika sewaktu melawat Malaysia pada 12 Februari 2002.

aku beruntung dilahirkan pada zaman pemerintahan beliau,  aku ingat  lagi mase kecik2 aku pegi KLCC dgn family aku utk melihat menara kebanggaan tuh lebih dkt. mase tu aku tak taw ape2 pon,, ingat nk sronok je, pegi sane pon aku mandi kt kolam bdak2 uh.. pastu kt skolah blajar pasal kemajuan negara ada la sebut pasal wawasan 2020.. bila dah besar baru aku sedar bertapa sukar nya beliau nak membangunkan negara, bnyak tentangan yg beliau terima utk membawa pembaharuan, ingat lagi kata2 Tun.M kita mesti berubah dgn melakukan    
"anjakan paradigma" , iaitu perubahan yg dilakukan secara drastik. Tapi skang ni tgk la kesan pembaharuan yg di bawa beliau menjadi kebanggaan kita dan menjadikan m'sia sbg negara contoh kpd negara islam lain. Oh yeah!!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...