salam~
dah lama aku tak post kt blog nih.. dah bersawang dah.. so, buat julung2 kalinya aku nk share dgn korang something yg boleh motivate kita.. ok.. sedut~
Kepercayaan kepada diri sendiri menjadi faktor utama yang mendorong kepada kejayaan usahawan kelahiran Malaysia, MahaSinnathamby, yang meningkat menjadi pemaju hartanah terkemuka di Australia.
Sinnathamby, yang dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan, kini merupakan Pengerusi Springfield Land Corporation, iaitu pemaju induk Greater Springfielddi Australia.
Greater Springfield telah dicalonkan sebagai bandaraya induk paling terancang di dunia di Kongres Dunia Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI)ke-61 di Bali pada tahun lepas, dengan menewaskan projek Iskandar Malaysia di Johor di tempat kedua.
Inspirasi Sinnathamby, yang diperolehi dari pemimpin terkenal India, Mahatma Gandhi itu, berkata walau pun Gandhi tidak mempunyai tentera, harta dan hubungan kekeluargaan bagi menyokongnya, beliau telah telah mengubah lanskap sejarah India.
"Melalui kepercayaan pada diri sendiri, beliau (Gandhi) telah mencipta satu empayar sejarah kemanusiaan dengan menyerahkan India kepada pemiliknya yang berhak dan beliau membuatkan mereka (British) melakukannya secara terhormat,"katanya semasa berucap selepas menerima anugerah dari Gopio International disini hari ini.
Sinnathamby adalah penerima Anugerah Kecemerlangan Keusahawanan Terkemuka Gopio International 2010 bagi pencapaiannya di dalam projek Greater Springfield, yang memfokus pada pembangunan pendidikan dan kesihatan bagi komuniti tempatan.
GOPIO atau Pertubuhan Sedunia Masyarakat Berasal Dari India, adalah satu pertubuhan sedunia yang terlibat dalam pengalakan kesejahteraan penduduk yang berasal dari India yang kini mewakili 22 juta orang yang berasal dari India yangtinggal di luar India. Katanya ibu bapanya mengajarnya mengenai pentingnya kemanusiaan danmengutamakan pendidikan di kalangan kesemua lapan adik beradinya.
"Apabila kami membesar, saya menyedari mengenai nilai pendidikan. Melalui pendidikan sahajalah anda dapat mengubah kehidupan masyarakat. Pendidikan adalah"mata wang" masa depan," kata Sinnathamby, yang menerima pendidikan awal selama 17 tahun di Malaysia dan dibesarkan di ladang getah di luar Seremban.
Katanya pendidikan adalah satu-satunya "mata wang" yang boleh digunakan dimana-mana sahaja di dunia, satu-satunya "mata wang" yang boleh ditunaikan didunia, satu-satunya "mata wang" yang akan berada bersama sepanjang hayat seseorang, satu-satunya "mata wang" yang tidak boleh dicuri dan satu-satunya "mata wang" yang boleh meningkatkan nilai apabila ditambah secara tetap.
Sekaligus, beliau menyeru orang India, khususnya rakyat Malaysia, supayaberjaya dan menambah nilai sebenarnya secara berterusan bagi negara ini.
- Kuala Lumpur, 30 Januari 2011
sumber: iluvislam.
No comments:
Post a Comment