iklan

Followers

Thursday, November 3, 2011

Berebut nak dinobat penduduk ke 7 billion


salam,
kat bawah ni ada satu artikel pasal isu berebut mahu anak mereka dinobat penduduk ke 7 billlion.. perghh usha jap,,


LONDON: Ia sepatutnya menjadi acara simbolik sahaja bagi menandakan satu mercu tanda global.
Tetapi, apabila Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengisytiharkan seorang bayi dari Filipina sebagai penduduk dunia ketujuh bilion, ia mencetuskan bantahan. Ibu bapa di Britain hingga ke India berebut-rebut untuk mendakwa anak mereka sebenarnya yang menjadi bayi mercu istimewa itu.

Dengan ratusan ribu kelahiran di seluruh dunia setiap hari, adalah sukar untuk menentukan pemegang gelaran sebenar. Bagaimanapun, PBB memilih untuk menobatkan Danica May Camacho yang dilahirkan dua minit sebelum tengah malam Ahad lalu (waktu tempatan) kepada satu keluarga miskin di Manila dengan menghadiahkan mereka kek coklat dengan perkataan ‘7B Filipina’ di atasnya dan baucar hadiah untuk kasut percuma.
Ibunya, Camille berkata: “Danica kelihatan comel. Saya tidak percaya dia menjadi penduduk ketujuh bilion.” Tidak mahu ketinggalan, pegawai di Uttar Pradesh, negeri paling ramai penduduk di India, mengisytharkan tujuh bayi perempuan yang dilahirkan semalam bagi berkongsi penghormatan itu. Mereka termasuk Nargis Yaday, bayi pasangan Ajay dan Vinita.

Britain turut mempunyai calon tersendiri. Sebaik dilahirkan di Hospital St Thomas, London pada jam 6.58 pagi (waktu tempatan), Peter Bashir dihadiahkan patung beruang oleh ahli politik Baroness Tonge, Geoffrey Clifton-Brown dan kakitangan hospital.

Ibunya, Yasmin Karim, dari Rotherhithe, selatan London berkata: “Kami boleh memberitahunya (Bashir) bahawa dia adalah penduduk ketujuh bilion apabila dia besar kelak. Saya dapat merasakan dia ingin cepat keluar. Mungkin dia mahu jadi orang terkenal.” Sambutan juga dilakukan di Vietnam, Zambia, Russia dan Greece selepas periystiharan oleh pegawai tempatan. Malangnya, ia kejuaraan yang tidak membawa banyak makna. Keluarga Adnan Nevic dari Bosnia Herzegovina yang dinobatkan bayi keenam bilion dan Matej Gaspar dari Croatia yang diisytiharkan bayi kelima bilion, mendakwa PBB tidak mengendahkan mereka selepas kelahiran itu. - Daily Mail


jumlah penduduk kat dunia seramai 7 billion dan mungkin lebih sebab semalam ada 3 orang lahir lagi ke..xtaw la kan.. dan negara paling ramai penduduk adalah China 1.3 billion kedua India 1.1 billion ketiga Us dan keempat Indonesia 200 juta lebih., so no wonder la kalau kita tak selesa tengok orang indon or pekerja2 asing lepak2 kat kaki lima kat kolam air pancut, kat bustop,, sebab kat negara dyeorang dah biasa dengan environment macam tuh.. sebab orang terlalu ramai sampai tak terkawal,, kalau sorang mati pon tak luak orang kat sane.. tak heran nya dyeorang,, 

dyeorang kat sana perlu bersaing untuk hidup. so no wonder la kalau rasuah kat negara2 yang tinggi penduduknya ini susah dibendung.. masing2 sanggup buat apa je untuk hidup.. aku rasa kalau aku pergi India aku akan alami kejutan budaya yela mane tak nye kita kat sini jarang tgk orang bersepah-sepah, berlambak-lambak.. paling sesak pon masa nak naik tren komuter,, hah tu memang mncabar iman bila masing2 berebut nak masuk smpai orang nak keluar pon tak dapat,, tapi cuba bayangkan di India.. aku rasa dari stesen kaw naik tu smpai stesen akhir baru dapat keluar agaknya.. tu pon kalau dapat keluar kena cepat2,, pandai bawak diri,, tak de jalan lenggang macam kt KL ni..
so, moralnya bersyukur la kita duduk di malaysia ni yang hanya 28.3 juta SAHAJA pnduduk nye,, tapi kalau rumah  jiran sebelah beranak plak semalam tak kira lagi ni.. haha..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...